Iklan Berbayar

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Nor Jannah Binti Hamzah
Justify Full
A 61269

kandungan
Pengenalan

Bahan-bahan perubatan

1. Berubat dengan Jintan Hitam

2. Berubat dengan Madu

3. Berubat dengan Tamar Nabi

4. Berubat dengan Celak Mata

5. Berubat dengan Hinai

6. Berubat dengan Kayu Gaharu

7. Berubat dengan Cendawan

8. Berubat dengan Limau Utrujj

9. Berubat denagn Kepala Susu

10.Berubat dengan Shabir

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Pengenalan

Allah S.W.T jadikan kesihatan sebagai suatu nikmat yang paling berharga dalam kehidupan yang harus disyukuri oleh setiap insan. Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu rahmat yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita. Jika kita ditimpa dengan penyakit, maka kita dianjurkan untuk berubat agar kesihatan yang kita perolehi nanti digunakan untuk mengabdi kepada Allah S.W.T semata.

Rasulullah S.A.W juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Pengubatan cara baginda tidaklah sehebat doktor pada masa kini, kerana sesungguhnya pengubatan Rasulullah berdasarkan wahyu dan pancaran kenabian. Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Berdasarkan perkara ini, maka tujuan berubat ialah untuk memelihara kesihatan yang telah ada sesungguhnya Rasulullah telah mengharuskan bagi kita berubat dan menggalakkannya. Untuk melihat kepentingan tumbuh-tumbuhan di zaman Nabi serta kemujarabannya sesuatu tumbuhan itu, tajuk-tajuk seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi.


Bahan-bahan perubatan

1. Berubat dengan Jintan Hitam

Abu Hurairah r.a pernah memberitakan bahawa nabi s.a.w bersabda:

Ertinya: “Hendaklah kamu selalu berubat dengan jintan hitam ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi penyembuhan daripada setiap penyakit melainkan ‘assaam’.Assaam ialah kematiaan”

(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Turmidzi dan Ibnu Majah)

Jintan Hitam ialah sejenis jintan yang berkat. Dalam bahasa Parsi disebut Syauniiz. Ia juga dinamakan al-Kamuun al-Hindi, manakala khasiatnya banyak sekali. Justeru itu digunakan dengan meluas unutk menyembuhkan segala penyakit. Sebagai contohnya ia berguna atau berkesan untuk mengubati penyakit-penyakit yang bersifat basah seperti lelah batuk dan selsema.

Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit pernafasan , penyakit Balar (sopak),demam berlendir (sesuku )dan ia digunakan untuk membuka saluran-saluran yang tertutup dan dapat mengeringkan perut yang basah..

Bila mencium minyaknya, ia berguna dalam menyembuhkan penyakit kedirian

(dzaatiyah ,seperti gangguan fikiran dan jiwa). Bila diminum minyaknya pula akan menghentikan penyakit selesema dan batuk.

Debunya bila dicampur dengan madu dan diminum dengan air hangat, ia boleh menghancurkan dan mengeluarkan batu-batu kecil (batu karang)dalam buah pinggang dan pundi air kencing. Juga dapat melawaskan pembuangan air kecil dan melawaskan turunnya haid dan mengalirkan air susu wanita, bila berterusan menggunakannya.



2. Berubat dengan Madu

Allah telah memerintahkan lebah dengan firmanNya:

Ertinya: “Dan Tuhan engkau telah mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan dirumah binaan manusia. Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan itu dan bunga-bungaan itu dan laluilah jalan-jalanTuhan engkau yang telah dimudahkan (bagi engkau). Daripada perut-perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.

(An-Nahl: 68-69)

Madu mengandungi unsur-unsur makanan yang penting,iaitu unsur ‘iodin’ berupa bahan yang wajib unutk menyediakan hormon bagi kelenjar (kulit) dan juga unsur ‘zink’ dan unsur-unsur yang dapat membantu untuk pembentukan bahan pembunuh kuman penyakit dalam kelenjar kemaluan bagi lelaki serta dalam mengubati penyakit kencing manis.

Madu juga menolong untuk menyekat radang paru-paru, melecur dan luka-luka. Menurut kajian terbaru, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (sengkak, lelah, lemah jantung, batuk ) darah tinggi, barah, lupa, sakit urat, selesema, kurang tenaga, penyakit mata, sakit gigi, luka, bengkak, parut, penyeri kulit, serta untuk kerampingan dan kesegaran.



3. Berubat dengan Tamar Nabi

Tamar Nabi ialah Al-Ajwah. Ia adalah sejenis tamar kota Al-Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar dari tamar Ash-Shaihaani, warnyanya agak hitam, merupakan suatu tanaman junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara manfaatnya ialah ia berguna unutuk menguatkan urat-urat perut, mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar. Memakan tamar sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut. Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa. Kajian terbaru menunjukkan tamar secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan dapat menyembuh banyak penyakit.

Untuk mengubati penyakit kencing manis , caranya ialah dengan memakan secara biasa tujuh biji sekali makan, dengan tiga kali makan sehari, sebelum memakan makanan yang lain. Dimakan waktu pagi, tengahari. Dan petang atau malam. Timbangan sekilogram kira-kira 60 biji (2 kilogarm seminggu).



4. Berubat dengan celak mata

Maksud celak disini ialah celak hitam; dan ada yang menyebutkan celak Al-Ashfahaani; sebab ia berasal dari Ashfahaan.

Celak ini digunakan pada mata, maka ia akan menguatkan urat-uratnya dan membersihkan sampah-sampah di dalamnya, juga menyembuhkan luka-luka dan menghilangkan parut.

Disamping itu ada juga mnegatakan celak dapat menumbuhkan bulu mata, mengelokkan pandangan mata dan mendatangkan rasa kasih pada hati-hati manusia. Celak yang sangat baik untuk mengatasi segala macam penyakit mata, menurut Asy-Sayyidi Muhammad As-Said rahimahullah (r.a): Hendaklah diambil 10 gram Zakrafan, 20 gram lada dan ditumbuk halus, diayak pada ayakkan yang bersih dan bercelaklah pada waktu pagi, tengahari dan malam bila perlu.



5. Berubat dengan Hinai

Hinai ( Al- Hinnaa’ ) mempunyai warna cerah api, digemari dan membangkitkan daya cinta kasih; manakala baunya wangi.

Hinai didapati berguna untuk menyembuhkan luka-luka mulut dan bengkak-bengkak.Air daunnya dimasak berguna untuk memulih bahagian anggota yang terbakar api atau terkenal ulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerahkan rambut dan mengelokkan kuku serta mencegah kuku dari patah.



6. Berubat dengan Kayu Gaharu

Ummu Qais binti Muhshan menceritakan pada Rasulullah bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam mulut anak saudaranya itu denagn harapan sakit kerongkongnya akan baik.



Maka Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Mengapakah engkau mengubati anak-anak yang kena radang kerongkong dengan memasukkan jari ke mulut? Hendaklah kamu menggunakan kayu Gaharu ini, kerana ia mempunyai 7 ubat penyembuh, antaranya radang selaput rusuk, ditumbuk (sampai liat, kemudian minum)” untuk selesema dititiskan ke lubang hidung.

(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)



Kayu Gaharu ialah sejenis pokok yang berasal dari negeri-negeri India, baunya harum dan pahit rasanya, tetapi ia mempunyai banyak faedah.

Gaharu digunakan dalam menguatkan minda. Ia juga boleh digunakan dalam menyembuh penyakit demam berselang-selang juga digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut).

Bila ditumbuk lumat, ia boleh dimasukkan ke lubang hidung,maka ia berguna untuk melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu bahagian-bahagian yang berasingan yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya diadun dengan madu dan dilumuri pada muka, ia dipercayai boleh menghilangkan bintik-bintik jerawat.



7. Berubat dengan Cendawan

Said bin Zaid r.a. memberitakan Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Cendawan itu berasal dari Mannah (makanan dari langit atau embun) dan airnya penyembuh sakit mata.”

(H.R.Al-Bukhari, Muslim, At-Turmidzi dan Ibnu Majah)



Cendawan tumbuh berbentuk batatas (payung), warnanya coklat, dan banyak tumbuh di musim hujan(tengkujuh). Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan mata.

Sesungguhnya ia telah diserupakan dengan Manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan (sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak payah ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak perlu pula menjirus dan mengusahakannya.

Menurut satu sumber: cendawan merupakan suatu makanan pengenyang bagi Bani Israel semasa mereka berada di Padang Tih yang penuh dengan cendawan bagi menggantikan roti gandum.





8. Berubat dengan Limau Utrujj

Utrujj ialah nama sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Manakala buahnya seperti limau yang besar dan seperti Burtuqaal (limau manis) bentuknya hampir bujur seperti betik dan bermuncung. Warnanya warna emas indah.

Limau ini mempunyai dua ciri keistimewaan iaitu keharuman baunya dan keenakkan rasanya. Justeru itu kedapatan Rasulullah bersabda:

Ertinya : ‘Perbandingan orang mukmin itu adalah seperti limau Utrujj: rasanya sedap dan baunya wangi”

(H.R.Al-Bukhari dan Muslim)



Bau Utrujj akan menyembuhkan wabak seperti hawar, dan sampar serta keburukkan udara. Manakala kulit buahnya dijadikan bahan adunan (makjun) yang berguna untuk perut dan ia dapat menguatkan keinginan seks jantina.

Adapun buahnya, airnya diminum bagi orang yang perutnya panas ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. Ia juga dipercayai dapat menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka.

Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku.

Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan. Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.



9. Berubat dengan Kepala Susu

Kepala susu (At-Talbiinah) ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada susu tepung gandum atau hampasnya (sesudah diayak) ia akan menjadi madu. Ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai susu dari segi putih dan halusnya.

Oleh sebab ia merupakan satu makanan yang lembut, maka apabila ia diminum dalam keadaan suam, ia dapat membersihkan setiap geladak di kerongkong atau lendir daripada maidah (kisaran perut) dan dapat melegakannya.

Sayyidah Aisyah r.a. menyebutkan dia mendengar Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Sesungguhnya kepala susu itu dapat melegakan kepala maidah

(kisaran perut) dan ia dapat menghilangkan sebahagian kedukaannya”



10. Berubat dengan Shabir

Uthman bin Affan r.a.bertanyakan nabi s.a.w. mengenai seorang lelaki mengadu sakit kedua matanya; sedang berihram, maka baginda menjawb:

Ertinya : “Balutkan dia dengan shabir”

(H.R.Muslim, Abu Daud, At-Tuimidzi dan Ahmad)



Shabir ialah suatu tumbuhan pahit, ia diketam dan diperah, dan kemudian ia ditinggalkan sehingga kering.Shabir yang paling baik ialah yang tumbuh membawa ke pantai Yaman.

Khasiat shabir ialah ia boleh menolak keracunan ubat-ubatan, bila ia dicampurkan ke dalamnya.Ia amat berguna untuk menghilangkan bengkak pada pelupuk mata, membukakan pintu limpa dan boleh menyembuhkan penyakit kuning.

Shabir berguna untuk sakit kepala iaitu dengan cara dilumur atau digosok pada dahi dan pelipis beserta minyak mawar.

Shabir yang dikenali dengan nama Shabaariin, daunnya dapat mengeluarkan glukosida (campuran glukos dan asid-asid adhawiyyah) ia dimasukkan ke dalam sarung ubat (kapsul).



Kesimpulan

Seperti yang telah dijelaskan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa di zaman Rasulullah lagi pengubatan secara tumbuhan tradisional telah diamalkan. Ini telah menunjukkan bahawa sumber semulajadi telah digunakan dalam merawat beberapa penyakit tertentu.

Pengubatan Nabi s.a.w. mempunyai keistimewaannya tersendiri, kerana ia mempunyai banyak jenis ubat dan pengubatan. Cara pengubatannya juga dapat menyembuhkan penyakit dengan segera dan lebih sempurna disamping tiada kesukaran untuk memperolehi bahan-bahannya serta kesan sampingan.



Rujukan

Abdullah Al- Qari Hj Salleh, 1996, Ubat dan perubatan Nabi S.A.W, Darul Nu’Man Jalan Masjid India.

Abu Fida’Mohd.Izzat Md Arif, 1985, Ubatilah dirimu dengan Al-Quran, Pustaka Dinie Selangor.

Azahari Ibrahim, 1997, Ubat-ubatan Tradisional Arab dan Melayu (Penawar 200 jenis penyakit), Pustaka Dinie Selangor.

Hj Johari Hj Alias, 1989, Doa pelindung & Doa penawar, Abdul Lathief Sdn. Bhd. Melaka.

Idrus Hj.Alkaf, Cara rawatan diri & Pengubatan, Al- Islam 1997, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Kuala Lumpur. Hal.45.

Ahmed Latiff Md. Firdaus, 1998, MADU LEBAH Penawar Penyakit Zahir dan Batin, Federal Publication, Selangor.

0 Response to 'Tumbuhan sebagai ubat di zaman Nabi s.a.w.'

Post a Comment