Iklan Berbayar

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Doa Anak Soleh

Posted by jutawan akhrat 0 comments
Doa Pilihan Minggu Ini:
"Doa supaya dijadikan hamba yang soleh"
"Ya Tuhanku, berikanlah kemampuan kepadaku untuk dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku;
anugerahilah aku kemampuan untuk tidak berbuat salah;
dan kebaikan serta redha-Mu jua yang kuharapkan;
dan masukanlah aku ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh penuh redha-Mu."

Mutiara Hadis:
"Seutama-utama sembahyang sesudah yang wajib ialah sembahyang sunat pada waktu malam"

Riwayat Muslim

Renungan:
Barangsiapa mengumpulkan 6 perkara, dia akan mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu :
o Dia mengenal Allah, lalu mentaati-Nya;
o Dia mengenal syaitan lalu menderhakainya;
o Dia mengenal kebenaran lalu mengikutinya;
o Dia mengenal batil lalu menjaga diri daripadanya;
o Dia mengenal dunia lalu menolaknya; dan
o Dia mengenal akhirat lalu mencarinya.
(Petikan kata-kata Saidina Ali R.A)