Iklan Berbayar

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
1.

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan

رَبـَّــنـَــا

.……………………۝ Maksudnya

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2.

Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)
Untuk amalan

رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى…………..الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝

Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

3.

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)
Untuk amalan رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى………………..۝ Maksudnya

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).


Rujukan:
http://transliteration.org/quran/Transliteration/FramSearch.htm


http://praytime.info/quran.php?sid=25&vid=0


http://www.readthequran.org/ONLINE/MALAY1/046.html

(Visited 4,146 times, 7,587 visits today) http://ArabMykrk.com

| edit post


Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Di kesempatan ini, ingin kami mengemukakan cara termudah untuk menghafaz Al-Qur’an. Keistimewaan teori ini adalah hafalan yang mantap akan diperolehi, selain daripada singkatnya waktu yang bakal ditempuh untuk mengkhatamkan seluruh Al-Quran. Teori ini sangat mudah untuk dipraktikkan dan insya Allah amat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin menghafaznya. Berikut, kami bawakan contoh dalam mempraktikkannya:

Misalnya, jika anda ingin menghafaz surat An-Nisa, maka anda bolehlah mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

5- Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir
menggabungkannya
sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

9- Bacalah ayat kelapan 20 kali:
10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikianlah seterusnya hingga selesai seluruh Al-Quran.

Perlu diingat
, jangan sampai menghafaz dalam sehari lebih dari satu perlapan juzu’ agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

semoga kita dapat praktikkan… Me Too

Akan bersambung dengan tajuk: BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia – Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR’AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض

(Visited 557 times, 708 visits today) http://ArabMykrk.com

| edit post

Doa Hampir Keluar Air Mani

Posted by jutawan akhrat 0 comments

Ketika hampir keluar mani hendaklah membaca doa ini dalam hati




Doa Sebelum Bersetubuh

Posted by jutawan akhrat 0 comments

Sebelum anda melepaskan pakaian atau memulakan persetubuhan. Bacalah dulu bismillah ini:

Bacaan: Bismillahi lazi la ila ha illa hu wa

Apabila anda ingin mencampuri isteri anda,bacalah doa ini:

Tujuan doa sebelum jimak adalah bagi menjauhkan syaitan daripada anda kerana ketika itu malaikat Rakib dan Atib akan meninggalkan anda. Jimak bagi suami dan isteri adalah satu ibadat. Mulakan ibadat anda dengan bismillah dan doa. Semoga ia akan menghasilkan zuriat yang beriman kepada Allah dan menjadi anak yang soleh/solehah.





Doa Agar Dimurahkan Rezeki

Posted by jutawan akhrat 0 comments


Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.


Menangani Kemarahan

Posted by jutawan akhrat 0 comments





Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani kemarahan. Kaedah-kaedah tersebut bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kaedah untuk mengelakkan kemarahan. Bahagian kedua ialah kaedah untuk meredakan kemarahan dan menghilangkannya.

Kaedah pertama: Mengelakkan Kemarahan

1. Menghiasi diri dengan sifat pemaaf

Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 134 bermaksud: ... Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Sirah Rasulullah SAW, para rasul dan para nabi penuh dengan kisah-kisah kemaafan kepada umat mereka. Walaupun mereka ditentang habis-habisan, dimaki hamun, dicerca dan diancam akan dibunuh, namun mereka tetap memaafkan umat dan berharap umat mereka akan sedar dan menerima hidayah. Sebagai contohnya ialah ketika Rasulullah SAW mengalami luka di muka dan patah giginya di dalam peperangan Uhud, namun baginda menolak cadangan supaya memohon diturunkan bala kepada kaum musyrikin. Sebaliknya baginda berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”. Kesabaran dan sifat pemaaf itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan para nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam usaha dakwah mereka.

2. Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan

Kita hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan. Sebagai contohnya jika kita tidak suka kepada tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakan kepadanya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.

3. Berdoa

Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Oleh yang demikian, nabi SAW telah menjelaskan bahawa ’doa itu senjata bagi orang yang beriman’. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Di samping itu terdapat banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan yang boleh diambil daripada buku-buku doa yang dijual di pasaran.


Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan

Apabila timbul kemarahan dalam diri disebabkan faktor-faktor tertentu, kita hendaklah cuba untuk meredakannya dan mententeramkannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk meredakan kemarahan ialah:

1. Mengambil wuduk

Sabda Rasulullah SAW bermaksaud: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.

2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah

Seseorang yang marah boleh meredakan kemarahannya dengan mengubah posisinya kepada yang lebih rendah. Umpamanya jika dia dalam keadaan berdiri, dia hendaklah duduk, dan jika dia dalam keadaan duduk, dia hendaklah berbaring. Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.

3. Mendiamkan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata). Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa kepada perseteruan yang berpanjangan.

4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan “A’uzu billahi minasy syaitanir rajim”.

Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 200 bermaksud: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Adaptasi daripada buku Mengurus Stres: Islam Ada Caranya oleh Mohamad Zaini Yahaya & Mohd Sukki Othman

Sumber http://ustazshauqi.blogspot.com/

| edit post

Doa Sebelum Musafir

Posted by jutawan akhrat 0 comments

| edit post


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata:
"Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam.

Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya." Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).


Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa." Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)


Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370). AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini. • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar. Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).


Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.


ADAB MEMINUMNYA Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya: Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”.Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah). Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : “Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua. Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: “Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk….......... (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

| edit post
Nor Jannah Binti Hamzah
Justify Full
A 61269

kandungan
Pengenalan

Bahan-bahan perubatan

1. Berubat dengan Jintan Hitam

2. Berubat dengan Madu

3. Berubat dengan Tamar Nabi

4. Berubat dengan Celak Mata

5. Berubat dengan Hinai

6. Berubat dengan Kayu Gaharu

7. Berubat dengan Cendawan

8. Berubat dengan Limau Utrujj

9. Berubat denagn Kepala Susu

10.Berubat dengan Shabir

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Pengenalan

Allah S.W.T jadikan kesihatan sebagai suatu nikmat yang paling berharga dalam kehidupan yang harus disyukuri oleh setiap insan. Begitu juga Allah jadikan penyakit sebagai suatu rahmat yang harus dihayati bahawa betapa besarnya erti kesihatan dalam diri kita. Jika kita ditimpa dengan penyakit, maka kita dianjurkan untuk berubat agar kesihatan yang kita perolehi nanti digunakan untuk mengabdi kepada Allah S.W.T semata.

Rasulullah S.A.W juga memberikan berbagai panduan dalam mengubati penyakit. Pengubatan cara baginda tidaklah sehebat doktor pada masa kini, kerana sesungguhnya pengubatan Rasulullah berdasarkan wahyu dan pancaran kenabian. Para sahabat mengakui tentang kemujaraban pengubatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Berdasarkan perkara ini, maka tujuan berubat ialah untuk memelihara kesihatan yang telah ada sesungguhnya Rasulullah telah mengharuskan bagi kita berubat dan menggalakkannya. Untuk melihat kepentingan tumbuh-tumbuhan di zaman Nabi serta kemujarabannya sesuatu tumbuhan itu, tajuk-tajuk seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi.


Bahan-bahan perubatan

1. Berubat dengan Jintan Hitam

Abu Hurairah r.a pernah memberitakan bahawa nabi s.a.w bersabda:

Ertinya: “Hendaklah kamu selalu berubat dengan jintan hitam ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi penyembuhan daripada setiap penyakit melainkan ‘assaam’.Assaam ialah kematiaan”

(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Turmidzi dan Ibnu Majah)

Jintan Hitam ialah sejenis jintan yang berkat. Dalam bahasa Parsi disebut Syauniiz. Ia juga dinamakan al-Kamuun al-Hindi, manakala khasiatnya banyak sekali. Justeru itu digunakan dengan meluas unutk menyembuhkan segala penyakit. Sebagai contohnya ia berguna atau berkesan untuk mengubati penyakit-penyakit yang bersifat basah seperti lelah batuk dan selsema.

Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit pernafasan , penyakit Balar (sopak),demam berlendir (sesuku )dan ia digunakan untuk membuka saluran-saluran yang tertutup dan dapat mengeringkan perut yang basah..

Bila mencium minyaknya, ia berguna dalam menyembuhkan penyakit kedirian

(dzaatiyah ,seperti gangguan fikiran dan jiwa). Bila diminum minyaknya pula akan menghentikan penyakit selesema dan batuk.

Debunya bila dicampur dengan madu dan diminum dengan air hangat, ia boleh menghancurkan dan mengeluarkan batu-batu kecil (batu karang)dalam buah pinggang dan pundi air kencing. Juga dapat melawaskan pembuangan air kecil dan melawaskan turunnya haid dan mengalirkan air susu wanita, bila berterusan menggunakannya.



2. Berubat dengan Madu

Allah telah memerintahkan lebah dengan firmanNya:

Ertinya: “Dan Tuhan engkau telah mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang dibukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan dirumah binaan manusia. Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan itu dan bunga-bungaan itu dan laluilah jalan-jalanTuhan engkau yang telah dimudahkan (bagi engkau). Daripada perut-perutnya keluar minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia.

(An-Nahl: 68-69)

Madu mengandungi unsur-unsur makanan yang penting,iaitu unsur ‘iodin’ berupa bahan yang wajib unutk menyediakan hormon bagi kelenjar (kulit) dan juga unsur ‘zink’ dan unsur-unsur yang dapat membantu untuk pembentukan bahan pembunuh kuman penyakit dalam kelenjar kemaluan bagi lelaki serta dalam mengubati penyakit kencing manis.

Madu juga menolong untuk menyekat radang paru-paru, melecur dan luka-luka. Menurut kajian terbaru, didapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (sengkak, lelah, lemah jantung, batuk ) darah tinggi, barah, lupa, sakit urat, selesema, kurang tenaga, penyakit mata, sakit gigi, luka, bengkak, parut, penyeri kulit, serta untuk kerampingan dan kesegaran.



3. Berubat dengan Tamar Nabi

Tamar Nabi ialah Al-Ajwah. Ia adalah sejenis tamar kota Al-Madinah Al-Munawarah, bijinya lebih besar dari tamar Ash-Shaihaani, warnyanya agak hitam, merupakan suatu tanaman junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Antara manfaatnya ialah ia berguna unutuk menguatkan urat-urat perut, mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar. Memakan tamar sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria dalam perut. Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan air kecil seterusnya ia dapat menguatkan limpa. Kajian terbaru menunjukkan tamar secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiat dan dapat menyembuh banyak penyakit.

Untuk mengubati penyakit kencing manis , caranya ialah dengan memakan secara biasa tujuh biji sekali makan, dengan tiga kali makan sehari, sebelum memakan makanan yang lain. Dimakan waktu pagi, tengahari. Dan petang atau malam. Timbangan sekilogram kira-kira 60 biji (2 kilogarm seminggu).



4. Berubat dengan celak mata

Maksud celak disini ialah celak hitam; dan ada yang menyebutkan celak Al-Ashfahaani; sebab ia berasal dari Ashfahaan.

Celak ini digunakan pada mata, maka ia akan menguatkan urat-uratnya dan membersihkan sampah-sampah di dalamnya, juga menyembuhkan luka-luka dan menghilangkan parut.

Disamping itu ada juga mnegatakan celak dapat menumbuhkan bulu mata, mengelokkan pandangan mata dan mendatangkan rasa kasih pada hati-hati manusia. Celak yang sangat baik untuk mengatasi segala macam penyakit mata, menurut Asy-Sayyidi Muhammad As-Said rahimahullah (r.a): Hendaklah diambil 10 gram Zakrafan, 20 gram lada dan ditumbuk halus, diayak pada ayakkan yang bersih dan bercelaklah pada waktu pagi, tengahari dan malam bila perlu.



5. Berubat dengan Hinai

Hinai ( Al- Hinnaa’ ) mempunyai warna cerah api, digemari dan membangkitkan daya cinta kasih; manakala baunya wangi.

Hinai didapati berguna untuk menyembuhkan luka-luka mulut dan bengkak-bengkak.Air daunnya dimasak berguna untuk memulih bahagian anggota yang terbakar api atau terkenal ulat air pada celah-celah jari kaki atau tangan. Ia merupakan pencelup yang boleh memerahkan rambut dan mengelokkan kuku serta mencegah kuku dari patah.



6. Berubat dengan Kayu Gaharu

Ummu Qais binti Muhshan menceritakan pada Rasulullah bahawa dia telah memasukkan jarinya ke dalam mulut anak saudaranya itu denagn harapan sakit kerongkongnya akan baik.



Maka Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Mengapakah engkau mengubati anak-anak yang kena radang kerongkong dengan memasukkan jari ke mulut? Hendaklah kamu menggunakan kayu Gaharu ini, kerana ia mempunyai 7 ubat penyembuh, antaranya radang selaput rusuk, ditumbuk (sampai liat, kemudian minum)” untuk selesema dititiskan ke lubang hidung.

(H.R. Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ibnu Majah)



Kayu Gaharu ialah sejenis pokok yang berasal dari negeri-negeri India, baunya harum dan pahit rasanya, tetapi ia mempunyai banyak faedah.

Gaharu digunakan dalam menguatkan minda. Ia juga boleh digunakan dalam menyembuh penyakit demam berselang-selang juga digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut).

Bila ditumbuk lumat, ia boleh dimasukkan ke lubang hidung,maka ia berguna untuk melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu bahagian-bahagian yang berasingan yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya diadun dengan madu dan dilumuri pada muka, ia dipercayai boleh menghilangkan bintik-bintik jerawat.



7. Berubat dengan Cendawan

Said bin Zaid r.a. memberitakan Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Cendawan itu berasal dari Mannah (makanan dari langit atau embun) dan airnya penyembuh sakit mata.”

(H.R.Al-Bukhari, Muslim, At-Turmidzi dan Ibnu Majah)



Cendawan tumbuh berbentuk batatas (payung), warnanya coklat, dan banyak tumbuh di musim hujan(tengkujuh). Cendawan banyak mengandungi vitamin A dimana ia dapat mengubati gangguan dalam pemandangan mata.

Sesungguhnya ia telah diserupakan dengan Manna yang diturunkan oleh Allah dari langit berdasarkan persesuaian antara keduanya, disebabkan kerja mencari dan mengutipnya tidak letih dan tidak menyukarkan (sebagai turun dari langit), begitu juga ia tidak payah ditanam (dengan membajak tanah) dan tidak perlu pula menjirus dan mengusahakannya.

Menurut satu sumber: cendawan merupakan suatu makanan pengenyang bagi Bani Israel semasa mereka berada di Padang Tih yang penuh dengan cendawan bagi menggantikan roti gandum.





8. Berubat dengan Limau Utrujj

Utrujj ialah nama sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri; mempunyai daun dan buah. Manakala buahnya seperti limau yang besar dan seperti Burtuqaal (limau manis) bentuknya hampir bujur seperti betik dan bermuncung. Warnanya warna emas indah.

Limau ini mempunyai dua ciri keistimewaan iaitu keharuman baunya dan keenakkan rasanya. Justeru itu kedapatan Rasulullah bersabda:

Ertinya : ‘Perbandingan orang mukmin itu adalah seperti limau Utrujj: rasanya sedap dan baunya wangi”

(H.R.Al-Bukhari dan Muslim)



Bau Utrujj akan menyembuhkan wabak seperti hawar, dan sampar serta keburukkan udara. Manakala kulit buahnya dijadikan bahan adunan (makjun) yang berguna untuk perut dan ia dapat menguatkan keinginan seks jantina.

Adapun buahnya, airnya diminum bagi orang yang perutnya panas ia dapat menyejukkan rasa tidak selesa dengan cepat. Ia juga dipercayai dapat menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka.

Limau Utrujj juga dapat menimbulkan selera makan dan dapat menahan rasa dahaga: menghentikan radang kerongkong, berdebar hati dan menghilangkan rasa kesedihan. Selain itu ia berguna untuk menghilangkan racun yang membunuh dalam tubuh dengan cara meminum air pati dicampur dengan air suam kuku.

Ia juga berguna untuk semua mangsa sengatan binatang yang berbisa, iaitu dengan cara mencincangkannya dengan halus dan kemudian diletakkan di tempat sengatan. Selain dari itu ia juga berupaya dalam menambahkan air mani, menyuburkan badan dan melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan.



9. Berubat dengan Kepala Susu

Kepala susu (At-Talbiinah) ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada susu tepung gandum atau hampasnya (sesudah diayak) ia akan menjadi madu. Ia dinamakan demikian kerana ia menyerupai susu dari segi putih dan halusnya.

Oleh sebab ia merupakan satu makanan yang lembut, maka apabila ia diminum dalam keadaan suam, ia dapat membersihkan setiap geladak di kerongkong atau lendir daripada maidah (kisaran perut) dan dapat melegakannya.

Sayyidah Aisyah r.a. menyebutkan dia mendengar Rasulullah bersabda:

Ertinya : “Sesungguhnya kepala susu itu dapat melegakan kepala maidah

(kisaran perut) dan ia dapat menghilangkan sebahagian kedukaannya”



10. Berubat dengan Shabir

Uthman bin Affan r.a.bertanyakan nabi s.a.w. mengenai seorang lelaki mengadu sakit kedua matanya; sedang berihram, maka baginda menjawb:

Ertinya : “Balutkan dia dengan shabir”

(H.R.Muslim, Abu Daud, At-Tuimidzi dan Ahmad)



Shabir ialah suatu tumbuhan pahit, ia diketam dan diperah, dan kemudian ia ditinggalkan sehingga kering.Shabir yang paling baik ialah yang tumbuh membawa ke pantai Yaman.

Khasiat shabir ialah ia boleh menolak keracunan ubat-ubatan, bila ia dicampurkan ke dalamnya.Ia amat berguna untuk menghilangkan bengkak pada pelupuk mata, membukakan pintu limpa dan boleh menyembuhkan penyakit kuning.

Shabir berguna untuk sakit kepala iaitu dengan cara dilumur atau digosok pada dahi dan pelipis beserta minyak mawar.

Shabir yang dikenali dengan nama Shabaariin, daunnya dapat mengeluarkan glukosida (campuran glukos dan asid-asid adhawiyyah) ia dimasukkan ke dalam sarung ubat (kapsul).



Kesimpulan

Seperti yang telah dijelaskan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa di zaman Rasulullah lagi pengubatan secara tumbuhan tradisional telah diamalkan. Ini telah menunjukkan bahawa sumber semulajadi telah digunakan dalam merawat beberapa penyakit tertentu.

Pengubatan Nabi s.a.w. mempunyai keistimewaannya tersendiri, kerana ia mempunyai banyak jenis ubat dan pengubatan. Cara pengubatannya juga dapat menyembuhkan penyakit dengan segera dan lebih sempurna disamping tiada kesukaran untuk memperolehi bahan-bahannya serta kesan sampingan.



Rujukan

Abdullah Al- Qari Hj Salleh, 1996, Ubat dan perubatan Nabi S.A.W, Darul Nu’Man Jalan Masjid India.

Abu Fida’Mohd.Izzat Md Arif, 1985, Ubatilah dirimu dengan Al-Quran, Pustaka Dinie Selangor.

Azahari Ibrahim, 1997, Ubat-ubatan Tradisional Arab dan Melayu (Penawar 200 jenis penyakit), Pustaka Dinie Selangor.

Hj Johari Hj Alias, 1989, Doa pelindung & Doa penawar, Abdul Lathief Sdn. Bhd. Melaka.

Idrus Hj.Alkaf, Cara rawatan diri & Pengubatan, Al- Islam 1997, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Kuala Lumpur. Hal.45.

Ahmed Latiff Md. Firdaus, 1998, MADU LEBAH Penawar Penyakit Zahir dan Batin, Federal Publication, Selangor.


Ayat Pagar @ Pendinding Rumah

Posted by jutawan akhrat 1 comments
Sumber dari http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=187&KW=rumah

Saya terpanggil membuka topik ini kerana mendapati walaupun amalan ini mudah dan sepatutnya umum, tidak ramai yang amalkannya. Ayat2 pagar atau ayat2 dinding rumah menggunakan 10 ayat tertentu dari Surah Al-Baqarah, dan dijamin oleh Nabi saw sendiri.
---------------------------------------------------------------------------------------------
dari: http://tesur.tripod.com/matsurat/
Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
  • empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
  • dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
  • dan penutup surah Al Baqarah (284-286)

nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:
Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut. Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286, tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.
Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar dentuman kuat 2 kali:
  1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
  2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
  3. Bunyi bising2 di atas siling / atap
TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:
Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran (bukan al-Baqarah) bocor kerana:
  • pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
  • pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
  • pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan ayat 10 tersebut.

Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).
Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta. Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca ayat2 pagar. Embarrassed
Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca lagi selepas Subuh.
PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:
Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu membuat amalan lain untuk memagar dirinya:
  • Ayat Qursi, ATAU
  • 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
  • Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang:

dari: http://www.alhawi.net/ratib_al.htm

. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”


Doa Sakit Mata

Posted by jutawan akhrat 2 comments


Sakit mata ....petua dia baca ayat ni & hembus pada tapak tangan kanan dan letak pada mata kiri (yang sakit tu)... (kalau kena sebelah mata kanan gunakan tapak tangan kiri) ni ayat nye.. baca 3 kli.. InsyaAllah akan cepat sembuh nnt..


DOA PENGUBAT SAKIT MATA


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



وَعَادٌ۬ وَفِرۡعَوۡنُ وَإِخۡوَٲنُ لُوطٍ۬

Surah Qaf , Ayat 13..



Doa Menghadapi Resah Gelisah

Posted by jutawan akhrat 0 comments

Doa-doa Pilihan: Doa Harian

Posted by jutawan akhrat 0 comments
Assalamualaikum...My Doa ingin berkongsi doa-doa pilihan dengan anda semua. Semoga kita sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap perbuatan kita supaya mendapat keredhaan dan keberkatan daripada-Nya.
Justify Full
Doa juga merupakan perisai bagi orang Mukmin. Allah juga suka hamba-Nya yang suka meminta dan berdoa kepada-Nya.

1. Doa Ketika Bangun Tidur

Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali."

2. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian

Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."

3. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah
(Ketika keluar dari Rumah)

(Ketika masuk rumah)

Ertinya:"Ya Allah aku bermohon kepadamu sebaik-baik tempat ,masuk dan sebaik-baik tempat keluar; dengan nama Allah kami masuk dengan nama Allah juga kami keluar dan kepada Allah,Tuhan kami, kami bertawakal (berserah diri)"

5. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
(Ketika Masuk Tandas)

Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan jantan dan betina"

(Ketika Keluar Tandas)

Ertinya:"Aku mohon ampun pada Engkau wahai Tuhanku, segenap puji bagi Allah yang mengelakkan bahaya itu daripadaku serta menyihatkan badanku."

6. Doa Ketika Berwuduk Mandi Dan Azan
(Ketika Berwuduk)
"Ya Allah, ampunilah dosaku dan luaskanlah rumahku dan berilah berkat dalam rezekiku."

(Ketika Selesai Berwuduk)
"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa serta tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari orang-orang yang bersuci."

(Ketika Selesai Azan)
"Ya Allah ,Tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad SAW kedudukan dan keutamaan dan bangkitkanlah baginya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan."

7. Doa Ketika Makan
(Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan)

Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."

(Ketika Selesai Makan)

Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."

8. Doa Apabila Bermimpi
(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)
"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"

(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)
"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."

(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)
"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada keburukan mimpi."

(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."

9. Doa Tidur
(Sebelum ia tidur, hendaklah ia bersihkan(kibas) tempat tidurnya tiga kali dan berdoa)
"Dengan namaMu wahai Tuhanku,aku baringkan lambungku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku(Kau ambil nyawaku), ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan (kembalikan) jiwaku, maka peliharalah diriku sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang salih."

(Ketika Akan Berbaring di tempat tidur)
"Ya Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia ,Yang Hidup,Yang Jaga dan aku bertaubat kepada-Nya." (3 kali )

11. Doa Selesai Sembahyang Atau Selesai Majlis
(Zikir-zikir selepas sembahyang)
Tasbih (33 X)

Tahmid(33X)

Takbir (33X)


Dan disempurnakan dengan

Ertinya:"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa ,yang tidak ada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan kepunyaan-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."

Ertinya:"Ya Allah bantulah aku berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan sebaik-baik ibadat kepadaMu."

(Ketika meninggalkan majlis)

Ertinya:"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala pujiMu,aku bersaksi tidak ada tuhan kecuali Engkau aku bermohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu."

Sumber

Doa Pertunangan & Perkahwinan

الحمد لله رب العالمين حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده. اللهم يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك. اللهم صل على محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات فى الحياة وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا برحمتك يا أرحم الراحمين.

الله إنا نسألك بأنا نشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوًا أحد. اللهم لا إله إلا أنت المنان بديع السموات والأرض ذو الجلال والإكرام.

اللهم إنا نسألك دوام البركة لهذا المجلس وأن تجعل المخطوبة والخطيب في حفظك وكنفك إلى يوم الزواج.

اللهم بارك لهما فى زواجهما القادم. واجعل جمعهما مفعما بكل خير. وألق المحبة والمودة بينهما, وارزقهما ذرية صالحة طيبة تدخل السعادة إلى قلبيهما وارزقهما برها، إن كل ذلك عليك يسير.

اللهم أصلح ذات بينهما، وأصلح بينهما وبين أحبابهما واجعل الحياة زيادة لهما في كل خير يسر لهما سبل الخير لبناء أسرة مباركة برحمتك يا أرحم الراحمين .. اللهم الف بين قلبها وقلبه كما ألفت بين قلوب عبادك الصالحين.. واجمع شملهما ولا تفرق بينهما

اللهم يسر لهما جميع الأمور ووفقهما لما تحبه وترضاه.. اللهم اجعلها قرة عين لزوجها واجعله قرة عين لها ووثق اللهم رابطتهما وأدم ودهما واشرح صدريهما بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واملئها بنورك الذي لا يخبو إنك نعم المولى ونعم النصير.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.

وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه أجمعين سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد رب العالمين .