Iklan Berbayar

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Doa Majlis Hari Raya

Posted by jutawan akhrat 0 comments
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.

Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

اللهمّ يا ربّ العالمين
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

رَبَّنَا ﺁتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. ﺁمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعٰلَمِيْنَ.

Doa Kem Bestari Solat

Posted by jutawan akhrat 0 comments
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا محمدِ الأَمِيْن وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي اْلأَمْرِ، وَنَسْئَلُكَ عَزِيْمَةَ الرُّشْدِ، وَنَسْئَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ، وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ، وَنَسْئَلُكَ لِسَانًا صَادِقًا وَقَلْبًا سَلِيْمًا. وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ. وَنَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا نَعْلَمُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ مِمَّا لاَ نَعْلَمُ. اِنَّكَ اَنْتَ عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ.

رَبَّنَا اتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا زِدْنَا عِلْمًا وَاَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِيْنَ.

اللهمّ يا رحمن

Pada petang yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama sebagai meraikan perasmian kem bestari solat yang akan kami adakan pada petang ini. Semoga kem ini dapat berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Mu. Kami mengharapkan semoga kem ini dapat membantu kami serta anak-anak murid kami untuk melakukan ibadat solat dengan betul dan sempurna.

اللهمّ يا ربّ العالمين

Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.

Assalamualaikum w.b.t.

Marilah kita mulakan hari kita dengan surah al-fatihah..bukan sahaja dibaca 5 kali sehari dalam solat malah harus diamalkan dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Bagi kita mahasiswa, tidak salah jika kita mulakan kuliah dan ulangkaji dengan pembukaan yang baik. InsyaAllah diberkati oleh-Nya.


Terjemahannya;

1.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2.Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,

3.Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,

4.Pemilik hari pembalasan.

5.Hanya kepada Engkau lah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau lah kami mohon pertolongan.

6.Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,

7.(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Keutamaan Surah al-Fatihah

Surah ini adalah surah yang paling agung di dalam al-Quran.

Abu Sa'id bin Mu'allah berkata, "Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid. Selesai solat, aku dipanggil Rasulullah. Kemudian Rasulullah bersabda, 'Aku akan mengajarkanmu sebuah surah yang teragungdi dalam al-Quransebelum engkau keluar dari masjid.'
Aku bertanya, 'Surah apakah itu wahai Rasulullah?'
Rasulullah kembali bersabda, 'Ia adalah surah segaa puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dalam setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku." [HR Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i]

Surah ini juga terdapat munajat antara hamba dan Allah swt.

Abu Hurairah mengatakan bahwa suatu saat Rasulullah bersabda,"Allah telah berfirman, 'Aku telag membagi (kandungan makna) surah al-Fatihah untukku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca,'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam', Allah akan membalasnya dengan berfirman,'Hamba-Ku telah memujiKu.'

Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang', Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memujiKu.'

Apabila dia membaca, 'Yang menguasai di hari Pembalasan', Allah berfirman, 'hamba-Ku telah mengagungkan-Ku, lalu Allah berfirman sekali lagi,'HambaKu telah memasrahkan urusannya kepada-Ku'.

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, hanya Engkaulah kami mohon pertolongan', Allah berfirman,'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta'.

Apabila dia membaca, 'Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat, Allah berfirman, 'Ini adalah hambaKu dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta."

[HR Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah]

Moga-moga kita dapat membacanya dengan penuh khusyuk dan perlahan-lahan, terutama di dalam solat. InsyaAllah. Moga ibadah yang dilakukan diterima Allah.

Sumber; Tafsir Quran per Kata dilengkapi Asbabun Nuzul dan Terjemahannya, Dr.Ahmad Hatta.

Doa Solat Hajat

Posted by jutawan akhrat 0 comments

Solat sunnat Hajat dilaksanakan apabila seseorang ingin memohon sesuatu dari ALLAH s.w.t. Ianya dilaksanakan sebanyak dua rakaat diikuti dengan doa setelah memberi salam.

Di antara cara untuk menunaikan solat ini adalah seperti berikut:
Pada raka’at pertama selepas doa iftitah, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Kafirun sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali).
Pada raka’at yang kedua, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali). Selepas memberi salam, bacalah doa seperti berikut :



Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, jauhkan kami dari bencana perang, bencana senjata yang memusnahkan, bencana segala macam penyakit dan kesusahan. Ya Allah, hentikanlah fitnah dan pertikaian yang terjadi di dunia hari ini. Bahawasanya fitnah ini boleh membawa bencana memusnahkan kesejahteraan dan keamanan.

Ya Allah, hindarkanlah umat manusia daripada sebarang perselisihan dan permusuhan yang membawa kepada kehilangan jiwa dan kerosakan hartabenda. Selamatkanlah institusi dan tempat-tempat suci Islam dari sebarang kemusnahan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.

Ya Allah, dengan Rahmat Mu dan kasih sayang Mu, jauhkanlah kami daripada kekontangan air, kenaikan harga barang, kezaliman, fitnah dan ujian, wabak serta penyakit yang menular dan segala macam bala di negeri kami ini dan negeri-negeri mereka yang beriman serta negeri-negeri mereka yang cinta kepada keadilan dan keamanan.

Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam, kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan keselamatan dari setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa meliputi diri kami, melainkan Engkau mengampuni kami dan tidak ada sesuatu kesempitan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tidak ada pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan Penyayang. (Jika ada hajat lain, boleh disebutkan di sini).

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang empunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Al-Fatihah…..


Doa Selepas Belajar

Posted by jutawan akhrat 0 comments

Doa ini dibaca oleh pelajar setiap kali berakhir kelas pengajian mereka:

•Ya Allah, Ya Tuhan kami! Rahmatilah kami dengan Al-Quran

dan jadikanlah Al-Quran bagi kami sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami!Ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran.

Ajarkanlah kami daripada Al-Quran apa yang belum kami ketahui.

Berikanlah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang;

dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagi kami (untuk menyelamatkan kami di akhirat),

wahai Tuhan Sekalian Alam.

Doa Selepas Solat

Posted by jutawan akhrat 0 comments
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”



Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”




Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”



Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”



Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”



Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”

Doa Majlis Hari Raya

Posted by jutawan akhrat 128 comments
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

رَبَّنا انَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ امِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ انَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.

Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.

Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

اللهمّ يا ربّ العالمين
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.